Thursday, January 28, 2010

uzlah atau mengasingkan diri

Syeikh Ahmad Ibn 'Athillah menegaskan dalam matan hikam:

'tidak ada sesuatu yg boleh memberi manfaat di dalanm hati sebagaimana 'uzlah' di mana akan masuh sebab uzlah itu luasnya berfikir'


kama hua ma'lum...

uzlah adalah mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat.Bagi seseorang,mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat itu dapat memberi manfaat di dalam jiwanya.Hatinya luas berfikir mengenai masalah akhirat.Berbeza jika bergaul dengan khalayak ramai apa yang difikirka



n adalah masalah dunia yang boleh dilihat mata.Padahal yang demikian ini boleh merangsang nafsunya untuk berbuat sesuatu yang melanggar peraturan agama.Ini bererti hatinya telah dihinggapi penyakit hati.Untuk menyembuhkan penyakit hati ini jalan yang paling baik adalah beruzlah atau mengasingkan diri dari masyarakat.Kemudian setelah uzlah bebaslah hati untuk berfikir mengenai alam ghaib atau akhirat.Sedangkan memikirkan sesuatu mengenai akhirat adalah ibadah yang baik dab terpuji kerana menyababkan hati mnejadi terang,tidak gelap dan selalu bercahaya.


Mengenai berfikir ada tiga tingkatan iaitu:

1]berfikir orang umum(awam)
Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang mengenai kenikmatan dan kurniaan dari Allah.Dengan memikirkan
masalh kenikmatan dan kurnia Allah itu mereka lalu berghairah untuk tekun beribadah.Akhirnya dengan
ketekunannya itu dapat dicapai tingkat makrifat kepada Allah.

2]berfikir orang kash(org2 yang tertentu yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah)
Mereka berfikir mengenai janji-janji Allah dan pahala-Nya.Dengan cara sepeerti itumereka menjadi giat
membelanjakan semua hartanya kepada jalan-jalan Allah dengan harapan akan mendapat pahala yang
sebanyak-banyaknya sesuai yang dijanjikan Allah Taala.

3]berfikir orang kash pula.
Yang berfikir mengenai ancaman-ancaman Allah dan seksaNya.Dengancara berfikir saperti itu mereka
menjadi takut sehingga menjauihi semua larangan-larangan Allah dengan harapan di akhirat kelak terhindar
dari seksaNya yang pedih.



ketahuilah bahawa uzlah hanyalah sebagai alat sahaja.Sedang tujuan utama orang beruzlah adalah tafakur,berfikir mengenai sesuatu yang menjadikan seorang dekat kepada Allah.Cara tang terbaik adalah dengan uzlah.Sedang kalau tidak uzlah,dikhuatirkan akan bnerjangkit sifat-sifat yang tidak baik akan berlaku di masyarakat.Misalnya pelbagai jenis kemaksiatan seperti mengumpat di belakang orang,riak,sombong dan lain sebagainya.Dengan demikian orang yang beruzlah terpelihara agamanya,terhindar dari fitnah.Di sebutkan dalam hadis:


'perumpamaan teman yang jahat itu bagaikan tukang besi.Bila bunga api dari besi itu tidak membakarmu,maka akan melekat bau busuknya'



Berkata Ka'ab:


"Barangsiapa menghendaki kemuliaan di akhirat,maka hendaklah memperbanyak tafakur"




tafakur dapat dilaksanakan kalau orang mahu mengasingkan diri,tidak bercampur dengan masyarakat.Sehingga pengaruh-pengaruh buruk dari mereka dapat dihindarkan.Maka tafakur ialah buahnya uzlah.

Abu Darda' pernah di tanya mengenai amalnya yang paling utama.Dia katakan bahawa amal yang 'UTAMA' adalah "TAFAKUR".Kerana dengan tafakur orang boleh sampai kepada pengertian hakikat sesuatu mengerti kenyataan yang benar mengerti sesuatu yang bermanfaat.Begitu pula dengan bertafakur orang boleh melihat bencana hawa nafsu yang samar-samar,mengetahui tipu daya musush dan pujukan keduniaan.


Hasan al-Basri berkata:

"Tafakur itu merupakan cermin yang boleh memperlihatkan akan kebaikanmu daripada keburukanmu.Dengan cermin itu pula orang dapat melihat kebesaran dan keagunga Allah Taala bila dia bertafakur mengandungi tanda-tanda dan yang semua dilihat Allah.Dia dapat melihat tanda-tanda Allah yang terang dan samar.Dengan begitu dia dapat mengambil faedahnya dari pelbagai tingkah laku yang luhur,hingga hilanglah penyakit hatinya dan taat kepada Tuhannya..........


uzlahku masih tidak mencukupi ya ilahi,
bantuku,
kuatkanku,
hindariku dari onak dosa,
mahupun sekecil zarah.
aku ingin sentiasa barsamaMu...
yA ILAhi