Thursday, January 28, 2010

uzlah atau mengasingkan diri

Syeikh Ahmad Ibn 'Athillah menegaskan dalam matan hikam:

'tidak ada sesuatu yg boleh memberi manfaat di dalanm hati sebagaimana 'uzlah' di mana akan masuh sebab uzlah itu luasnya berfikir'


kama hua ma'lum...

uzlah adalah mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat.Bagi seseorang,mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat itu dapat memberi manfaat di dalam jiwanya.Hatinya luas berfikir mengenai masalah akhirat.Berbeza jika bergaul dengan khalayak ramai apa yang difikirka



n adalah masalah dunia yang boleh dilihat mata.Padahal yang demikian ini boleh merangsang nafsunya untuk berbuat sesuatu yang melanggar peraturan agama.Ini bererti hatinya telah dihinggapi penyakit hati.Untuk menyembuhkan penyakit hati ini jalan yang paling baik adalah beruzlah atau mengasingkan diri dari masyarakat.Kemudian setelah uzlah bebaslah hati untuk berfikir mengenai alam ghaib atau akhirat.Sedangkan memikirkan sesuatu mengenai akhirat adalah ibadah yang baik dab terpuji kerana menyababkan hati mnejadi terang,tidak gelap dan selalu bercahaya.


Mengenai berfikir ada tiga tingkatan iaitu:

1]berfikir orang umum(awam)
Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang mengenai kenikmatan dan kurniaan dari Allah.Dengan memikirkan
masalh kenikmatan dan kurnia Allah itu mereka lalu berghairah untuk tekun beribadah.Akhirnya dengan
ketekunannya itu dapat dicapai tingkat makrifat kepada Allah.

2]berfikir orang kash(org2 yang tertentu yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah)
Mereka berfikir mengenai janji-janji Allah dan pahala-Nya.Dengan cara sepeerti itumereka menjadi giat
membelanjakan semua hartanya kepada jalan-jalan Allah dengan harapan akan mendapat pahala yang
sebanyak-banyaknya sesuai yang dijanjikan Allah Taala.

3]berfikir orang kash pula.
Yang berfikir mengenai ancaman-ancaman Allah dan seksaNya.Dengancara berfikir saperti itu mereka
menjadi takut sehingga menjauihi semua larangan-larangan Allah dengan harapan di akhirat kelak terhindar
dari seksaNya yang pedih.



ketahuilah bahawa uzlah hanyalah sebagai alat sahaja.Sedang tujuan utama orang beruzlah adalah tafakur,berfikir mengenai sesuatu yang menjadikan seorang dekat kepada Allah.Cara tang terbaik adalah dengan uzlah.Sedang kalau tidak uzlah,dikhuatirkan akan bnerjangkit sifat-sifat yang tidak baik akan berlaku di masyarakat.Misalnya pelbagai jenis kemaksiatan seperti mengumpat di belakang orang,riak,sombong dan lain sebagainya.Dengan demikian orang yang beruzlah terpelihara agamanya,terhindar dari fitnah.Di sebutkan dalam hadis:


'perumpamaan teman yang jahat itu bagaikan tukang besi.Bila bunga api dari besi itu tidak membakarmu,maka akan melekat bau busuknya'



Berkata Ka'ab:


"Barangsiapa menghendaki kemuliaan di akhirat,maka hendaklah memperbanyak tafakur"




tafakur dapat dilaksanakan kalau orang mahu mengasingkan diri,tidak bercampur dengan masyarakat.Sehingga pengaruh-pengaruh buruk dari mereka dapat dihindarkan.Maka tafakur ialah buahnya uzlah.

Abu Darda' pernah di tanya mengenai amalnya yang paling utama.Dia katakan bahawa amal yang 'UTAMA' adalah "TAFAKUR".Kerana dengan tafakur orang boleh sampai kepada pengertian hakikat sesuatu mengerti kenyataan yang benar mengerti sesuatu yang bermanfaat.Begitu pula dengan bertafakur orang boleh melihat bencana hawa nafsu yang samar-samar,mengetahui tipu daya musush dan pujukan keduniaan.


Hasan al-Basri berkata:

"Tafakur itu merupakan cermin yang boleh memperlihatkan akan kebaikanmu daripada keburukanmu.Dengan cermin itu pula orang dapat melihat kebesaran dan keagunga Allah Taala bila dia bertafakur mengandungi tanda-tanda dan yang semua dilihat Allah.Dia dapat melihat tanda-tanda Allah yang terang dan samar.Dengan begitu dia dapat mengambil faedahnya dari pelbagai tingkah laku yang luhur,hingga hilanglah penyakit hatinya dan taat kepada Tuhannya..........


uzlahku masih tidak mencukupi ya ilahi,
bantuku,
kuatkanku,
hindariku dari onak dosa,
mahupun sekecil zarah.
aku ingin sentiasa barsamaMu...
yA ILAhi

Wednesday, January 20, 2010

surat untumu wahai kaum dam.........dari tulang rusuk kirimu

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu. Adam, Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi.


Tetapi Duhai Adam,
lihatlah dunia kini. Apa yang telah terjadi terhadap kaumku? Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?


Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!


Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam. ........

didiklah isterimu wahai suami

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.


Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.


Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.


Sifat-sifat isteri solehah: 1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT. 2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut. 3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata. 4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan 5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek) 6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami. 7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami. 8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah. 9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami. 10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami. 11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya. 12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami. 13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

rayuku pada mujahid atas dasar dakwah

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...

”Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam.

Wanita solehah!

Idaman semua muslimin di alam maya ini.

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..

”Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.

Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal ke

padaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ?
dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah.

Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...
pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini.

Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)



Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata.


Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya” Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini..::.



Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

nukilan hatiku yang akan meerinduimu dan mncintaimu di jalan dakwhku ini...........

wahai bakal zaujunku.....dengarkan dariku...

Mari kita berjanji
berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dengan wania
wanita yg pada umur 18
memberikan keseluruhan hidupnya untuk allah dan dakwah

sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah
maka perkahwinan kita akan tamat
tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku....
,,,,,;untaian kata-kata dari zainab al-ghazali al jubaili.........

tanpa kita sedari dengan deraian linangan air mata syahdu terungkap..........

Teks ini hasil daripada karangan sahabat ku di kolej perubatan tempatan) > >
Dengan > nama Allah, yang sesungguhnya berada dekat dengan hamba-Nya...

> > Nasihat Luqman al-Hakim, >
“Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau > banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”.


> > Peluang untuk berdamping dengan orang-orang yang soleh adalah suatu rahmat yang

> cukup besar bagi golongan yang sentiasa rindu untuk menikmati manisnya iman.

> Apatah lagi berpeluang mendengar nasihat-nasihat dari pejuang-pejuang yang

> cukup matang dalam medan jihad yang sebenar.. Sahabat saya pernah bercerita,

> dalam suatu kuliyah umum Zainab al-Ghazali, apabila beliau menyebut kalimah

> ‘iman’, satu dewan secara tiba-tiba dapat merasakan apa itu iman.. seolah-olah

> ada satu paduan tenaga masuk ke dalam hati semua yang hadir.. Subhanallah. .

> > > > Pada > suatu malam yang hening > >
Alhamdulillah, Allah telah memberi keizinan kepada saya bersama-sama dengan 10 sahabat yang lain untuk mendengar tazkirah ringkas dari seorang ikhwah


> Palestin, Dr Said dalam liqa’ kecil kami pada suatu malam.
Beliau baru sahaja

> beberapa jam tiba dari Gaza. Lain dari yang lain, sebelum beliau menyampaikan tazkirah, terlebih dahulu kami mengaminkan bacaan doa Rabithah yang diimami Dr Said. Saat itu, kami merasakan jiwa berada dekat dengan para mujahidin di seluruh Dunia.

Masakan tidak, doa yang kita ulang setiap hari di Malaysia

> rupa-rupanya turut diulang-ulang oleh para mujahidin yang berada di Gaza,

> Mesir, Syria, Yemen, Jordan, UK, USA, Ireland, Indonesia, Singapura dan di

> setiap pelusuk dunia. Doa yang memohon hati-hati kita tertaut erat dalam cinta

> menegakkan perjuangan Islam. Terasa pentingnya ukhuwwah, kesatuan hati,

> wihdatul fikr dan wihdatul amal dalam perjuangan Islamiyyah.

> > Dr Said merupakan seorang doktor perubatan di Gaza, yang dihantar khas ke

> Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Beliau juga bertugas

> sebagai pensyarah perubatan di IUG, Islamic University of Gaza. Istimewanya

> Fakulti Perubatan di IUG, hanya pensyarah yang mempunyai PhD sahaja dibenarkan

> mengajar di sana. Pelajar perubatan pula hanya dihadkan kepada 50 orang pelajar

> terbaik dari seluruh Palestin, 25 lelaki dan 25 wanita.

> > Golongan wanita dalam perjuangan

> > Dengan kuasa Allah, bayi-bayi yang dilahirkan di Palestin adalah lebih banyak

> lelaki berbanding perempuan. Ramai yang memandang fenomena ini sebagai hadiah

> dari Allah dalam menggantikan mujahid-mujahid Palestin yang syahid setiap hari.

> > Namun, Dr Said memandang perkara ini dari sudut yang berbeza. Beliau

> mengatakan, golongan wanita juga merupakan suatu penyumbang tenaga yang amat besar
> kepada perjuangan di Gaza. Dalam pilihanraya contohnya, golongan wanita akan

> turun sama berjumpa dengan wanita-wanita lain untuk memberi penjelasan dan

> meraih kepercayaan golongan wanita untuk meyokong jamaah Islam di sana, Hamas.

> > Satu ketakjuban di sana, beratus-ratus kanak-kanak Palestin berjaya menghafaz

> keseluruhan Quran dalam masa hanya 3 bulan! Allahuakbar. . dan peratusan tinggi

> daripadanya adalah kanak-kanak wanita.

> > Kadang-kala, kita terdengar ada dari kalangan dai’e yang istiqamah menyampaikan

> da’wah kepada masyarakat, namun tidak mampu membimbing isteri dan anak-anak di

> rumah. Namun, perkara ini tidak berlaku di Gaza, kerana apabila para suami
> berjuang di luar rumah, para isteri turut merancakkan lagi perjuangan Islam

> dengan menggunakan method yang berbeza.

> > Tidak letihkah mujahidin di sana?

> > Walaupun menghadapi sekatan bekalan makanan, sumber air, elektrik, makanan, sekatan pergerakan dan perhubungan, rakyat Gaza turut menjalani kehidupan harian sepeti biasa, seperti rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Dunia yang lain.

Mereka keluar bekerja, belajar di sekolah dan university, serta tidak lepas daripada menghadiri usrah. Namun, bezanya rutin harian mereka

> diselang-selikan dengan aktiviti Jihad menentang rejim Zionist secara life.

> Ketika bangunan-bangunan dibom, dan saat-saat yang tidak aman, mereka bangkit

> bertindak balas. Setelah suasana agak tenang, golongan remaja yang tidak

> terkorban akan kembali ke universiti untuk menghadapi peperiksaan. Mereka


> meletakkan kesungguhan yang tinggi dalam menuntut ilmu sehingga masing-masing

> mencapai keputusan peperiksaan yang amat cemerlang. Matlamat mereka jelas,

> setiap bidang yang mereka ceburi adalah difokuskan kepada perjuangan Islam.

> > Allahuakbar. . Tidakkah mereka letih dengan rutin harian sebegini? Dalam keperluan asas yang benar-benar terbatas, mereka bukan sahaja perlu berhempas

> pulas dalam hal akademik, malahan pula perlu menentang kebatilan yang teramat

> nyata di hadapan mata.

> > Gambarkan pula suasana perjuangan Islam di Malaysia, kita fokuskan di alam-alam

> kampus. Aktiviti-aktiviti kita dipenuhi dengan perjumpaan-perjumpa an persatuan,

> gerak kerja da’wah, pilihanraya, meeting-meeting pimpinan, tamrin, usrah dan liqa’-liqa
’ jamaah.

Pada masa yang sama, kita juga melaksanakan peranan sebagai >

penuntut ilmu, sama seperti mahasiswa lain.

> > Kadang-kala kita sedikit kecewa apabila adik-adik usrah menarik diri dari liqa’ >
mingguan.. Kadang-kala kita berasa lemah apabila aktiviti yang dirancang tidak mendapat
sambutan ramai.. Kadang-kala, iman kita teruji apabila keputusan akademik tidak

memberansangkan. . Sehingga ada yang sanggup berundur dari >

perjuangan semata-mata ingin memperbaiki akademik atau yang lebih hebat lagi
> untuk merebut Anugerah Dekan.. Ataupun, ada pula yang sanggup berundur dari

> perjuangan menuntut ilmu, semata-mata mahu fokuskan pada perjuangan organisasi.


> > Hakikat >

Ikhlas >

> Dr Said berkata, bahawa di Gaza, para mujahidin tidak lagi memandang dunia sebagai halangan. Segala apa yang mereka lakukan adalah dalam cita-cita

> menggapai kecemerlangan di akhirat. Hidup mereka kerana Allah, mati mereka

> kerana Allah. Walau sekalipun al-Aqsa telah berjaya dibebaskan, perjuangan

> mengajak manusia menuju Allah ini tetap akan diteruskan.


> > Dalam sebuah hadith sohih, ada menceritakan, seorang hamba yang hidup senang >

lenang di Dunia, tetapi kufur kepada Allah, apabila Allah celupkan dia ke dalam > satu kawah azab dengan hanya sekelip mata, kemudian Allah keluarkan semula dan > apabila ditanya, pernahkah kamu merasai ni’mat Dunia? Lantas hamba itu > menjawab, bahkan tidak sekali-kali. . Dan begitu juga sebaliknya.. bagi orang > yang beriman setelah Allah tunjukkan ni’mat Jannah, walaupun hanya seketika, > dia langsung melupakan segala keperitan hidupnya di Dunia. > > Bagi mujahidin di Gaza, kekuatan mereka adalah Allah.. Kekuatan mereka adalah > ukhuwwah Islamiyyah. Setiap kali solat berjemaah di Masjid, mereka merasakan > kemenangan Islam semakin hampir, kerana bilangan jemaah di masjid adalah sangat > ramai pada setiap waktu solat. Allahuakbar. Para jemaah yang hadir inilah > menguatkan keyakinan mereka bahawa kebenaran Islam itu sentiasa disokong oleh > ikhwah-ikhwah di seluruh Dunia.

> > > Dr Said meninggalkan kami pada malam itu >

dengan sepotong hadith..
Cukup untuk kami bermuhasabah diri, akan status keikhlasan perjuangan kita selama ini..

> > Innamal a’malu binniyyat ... [ila akhirihi]



> > Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang ikhlas dalam perjuangan..

Sucikan hati kami, ya Allah dari kekejian sifat-sifat Mazmumah..

Hiasi diri kami dengan keindahan sifat-sifat Mahmudah.. >

idealnya seorng pemuda yang menghayunkan peribadinya pada jalanku

Ia Pribadi yang Muslim
Berhati Emas Berpotensi Prima
Yang di Kala Damai Anggung
bak Petaka Kijang dari Padang Perburuan
Yang di Kala Perang
Perkasa bak Harimau Kumbang

Ia Perpaduan Manisnya Madu,
Pahitnya Empedu Satu Kali dengan Kawan,
Lain Kali dengan Lawan
Yang Lembut dalam Berbahasa
Yang Tenguh Membawa Suluh Angannya Sederhana,
Citanya Mulia Tinggi Vitalitas
dalam Was-was Tinggi Budi,
Rendah Hati Ia-lah Sutera Halus
di Tengah Sahabat Tulus Ia-lah Baja,
Ditentangnya Musuh Durhaka

Ia Ibarat Gerimis atau Embun Tiris
Yang Memekarkan Bunga-Bunga
Yang Melambaikan Tangkai-Tangkai
Ia juga Topan Beliung
Yang Melemparkan Ombak Menggunung
Yang Menggoncangkan Laut ke Relung-Relung
Ia-lah Gemericik Air di Taman Sari,
Asri Ia juga Penumpang Segala Belantara,

Segala Sahara Ia-lah Pertautan Agung Iman Abu Bakar,
Perkasa Ali Papa Abu Dzar,
Teguhnya Salman Mandirinya di Tengah Massa
yang Bergoyang Ibarat Lentera Ulama
di Tengah Gulita Sahara Ia Pilih Syahid Fi Sabilillah
Atas Segala Kursi dan Upeti Ia Menuju Bintang,
Menggapai Malaikat Ia Tentang Tindak Kufur,

Pola Aniaya,
di Mana Saja
Maka Nilainya Pun Membumbung Tinggi
Harganya Semakin Tak Terperi
Maka Siapakah Yang Akan Sanggup
Membelinya Kecuali RABB-nya??