Friday, April 29, 2011

Pertembungan Dua Hala 202







Wahan? Aku sering terdengar tentang wahan. Apa yang di maksudkan dengan Wahan? Sedetik itu terdetik di hatiku membuka mushaf kesayanganku yang berwarna biru. Tatkala membuka ia terbuka dengan izinNya yang terdapat di dalam surahNya saat aku bermonolog sendirian tentang wahan. Dengan izin Allah saat aku mula berfikir akan tantangnya ada yang memenuhi permintaanku untuk memenuhi persoalanku. Segalanya HANYA TUHAN YANG TAHU

"A lif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu (Muhammad)agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, ( yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa,Maha Terpuji.Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan karena siksaan yang berat.(yaitu) orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada (kehidupan)akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan mengiginkan(jalan yang) bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh. Dan kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia
dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia yang Mahaperkasa, Mahabijaksana."

( SURAH IBRAHIM: 1-4)


WAHAN? aku masih bersama slot monolog sendirian aku lagi.

hmmm. Aku cuba mencari jawapannya. Segera aku menekan punat telefon bimbitku menghantar mesej kepada sahabat sefikrahku akh Suhaib ar- Rumy. Salah seorang nama sahabat yang kental imannya dalam memperjuangkan islam.Orangnya persis seperti kisah Suhaib ar- Rumy ketika zaman sahabat. Beliau memiliki wajah yang bersih dan berseri. Tampak kesolehan di wajahnya. Kedua matanya memancarkan cahaya kecerdasan minda dan seorang yang pintar. Pada hal lainnya pula, sikapnya yang begitu terbuka dan tak banyak kerenah membuatkan aku senang bertanya kepadanya tanpa segan silu.Aku segera menaip mesej menghantar kepadanya.

" Salam anta, ana ni. Ana terfikir entah dari mana entah. Ilham dari Tuhan mencetuskan ana dari terus berfir dan berfikir hingga membangkitkan persoalan kepada anta. Ligat tangan ana memegang mushaf. Semacam jiwa iman ana terusik. Kerana itu ana ingin berkongsi pendapat dengan anta. Anta tau tak apa yang dimaksudkan dengan wahan?"

agak lama aku menunggu mesej darinya. 5 minit kemudian.


treet..treet.....treeettttt.....


" Wassalam.Ana yakin anta dapat menanyakan dari ana semuanya bersumberkan Ilahi. Usah anta bimbang, kita adalah syabab yang sentiasa suka membangkitkan persoalan untuk dekat dengan Dia. Ana ada dengar tentang wahan ni. Berdasarkan hadis Nabi, bila mana sahabat bertanya kepada Nabi. " Ma hua wahan?" Nabi menjawab," hubbu dunia wa karahiatul maut". Cinta dunia takut mati senangnya. Kenapa anta bertanya?"

Segera aku membalasnya.

" Afwan ya sodiqi fillah. Ana membuka mushaf sejenak tadi dan ana ana menemuinya dalam surah Ibrahim ayat yg ke 3. Cuba anta buka qur'an dan bagi keterangan lebih lanjut kepada ana. Boleh tak anta?"

Aku menghantarnya.Kali ini agak lama aku menunggu balasan mesej darinya. Aku tetap sabar menunggu. Sambil aku membaca buku yang baru aku beli dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. Satu pengalam yang cukup mendalam bagiku menemui seorang penulis, motivator terkenal, juru am, kolumnis iaitu DR. HM TUAH ISKANDAR AL- HAJ yang aku segani dan suka membaca hasil tulisannya sejak aku berusia 13 tahun lagi dengan buku pertama motivasi yang aku miliki " Nak ke Tak Nak" judul bukunya.Award yang beliau pernah dapati antara berikutnya adalah:

1- National Youth Award 1999 from the Government Malaysia.
2- The outstanding People of the 20th Century Award 2000 from the International
Biographical Centre, England.
3- Award of Accomplishment 2000 and appointed as The Research Board of Advisors
2000 by American Biographical Institute Raleigh, USA.
4- National Best Book Award from the Government of Malaysia, 1994.
5- Darul Takzim Award from the Government of Johore for the year 1999, 2000,
2001 & 2005.
6- Berita Harian- Popular Bookstore 2008 & 2009 Finalist Award.
7- Candidate for Anugerah Panglima Kota Wilayah.
8- Gold Club Award Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd 2010.

Lama juga aku menunggu sahabtku membalas mesejku. Dan akhirnya dengan berkat kesabaran hingga aku bermonolog kembali dengan slot yang aku bina entah kali ke berapa entah.

treet...treettt....treettttt...treetttt......

Agak panjang mesej Suhaib berikan kepadaku. Mesejnya berbunyi.

" Suka mengejar harta, memuaskan nafsu, berhibur, berseronok seolah- olah tak akan mati. Dan bila persoalan mati di bangkitkan, dia akan menafikan dan takut untuk menghadapinya serta membenci akannya. Anta tau tak, golongan ni biasanya menganggap dunia adalah syurga yang di bina kekal untuk selamanya. Anta, ana rindu kat anta dan ana ada nak bagi surprise kat anta ni. Ayuh kita bertemu asar sebentar lagi di masjid. Dan jangan lupa, kita tasmi' bersama- sama ya Talhah, kita pergi bersama- sama.:)"

Tersenyum sendirian aku masih dengan slot monologku. Dengan pantas jari- jemariku menaip kembali untuk membalas kepadanya.

" syukran akhi fillah. ya, mari kita bertasmi' bersama- sama. Surah apa yang kita nak tasmi' petang ni? Ana cadang surah al- Waqi'ah dan kita mentadabburnya sekali. Ana tak sabar- sabar dah ni menunggu 'surprise' dari anta."

Dan, mesej pun di hantar. Selang dari beberapa minit. Aku terima mesej darinya.

" Hasanan. Dah lama kita tak bertadabbur bersama-sama. Sudah saatnya anta. Anta tunggu sahaja dari ana. Pasti menggembirakan anta. Kita bertemu di bawah Kawah Thai ya akhi? Jam 4.15 pm. Hal yumkin?"

Dengan segera aku membalasnya.

" yumkin. Kita bertemu di sana nanti. Jazakallauhu kathiran ya akhi.:)"

Dan tidak sampai 5 minit beliau pun membalas juga.

" Toyyib. Wassalam."

Jam baru menunjukkan 10 pagi. Kerinduan sudah memuncak kepada sahabatku seorang ini. Aku terfikir sendian, ' surprise' apakah yang ingin dia berikan padaku. Aku tidak melengahkan masa aku lagi dengan pembacaanku yang baru aku beli dari pesta buku kelmarin. Saat peluang keemasan menambahkan pengetahuan sesuatu ilmu kepadaku. Antara buku yang aku pilih untuk membelinya adalah Hadis 40 Imam Nawawi, Aku dan Ikhwanul Muslimun, Fatwa- fatwa kontemporer, 65 manusia langit dan 8 tokoh wanita pencetus turunyya wahyu. Kesemua buku yang aku beli berharga RM200+++ kesemuanya. Bagiku, itu sudah saatnya syurga bagiku untuk memiliki buku idamanku yang sudah lama aki impikan. Berbekalkan duit hasil aku mengajar qur'an menjadi ' back up' duitku yang tersedia ada melebihi perbelanjaanku. Alhamdulillah...syukur padaMu ya Ilahi.

Kenapa aku membeli mengenai tokoh wanita? Kawan- kawan sebilikku semua bertanya padaku. Anta ni lelaki, kenapa anta beli buku tokoh wanita? Kenapa anta sanggup berhabis duit dengan buku? Anta boleh baca semuanya ke? Tak rugi ke anta menghabiskan beratus- ratus duit kerana buku?

Soalan bertubi- tubi dari teman sebiliku yang di gelar Dzul Bijadin. Sesuai dengan gelarannya yang ada di sebut tentangnya sebagai manusia langit sebagai sahabat pada zaman Nabi.

" Kenikmatan dunia telah memanggil Dzul Bijadin, namun dia sengaja menutup telinga agar tidak mendengar suara panggilannya. Sebaliknya, Dzul Bijadin mencurahkan seluruh perhatiannya untuk meraih kenikmatan akhirat dengan segala cara."

Nama sebenarnya adalah 'Abdullah dan dia merupakan pelajar dari madrasah terkemuka di Kelantan. Loghat Kelantannya menghiburkan kami dan ilmunya adalah ilmu akhirat di bawa ke CFS IIUM membawa perubahan paradigma sebagai pelajar pondok yang di pelajari di teraskan ilmunya di bumi Nilai bersama kami. Kezuhudannya tidak boleh di pertikaikan lagi. Kitab kuning sentiasa ada bersama dengannya tak lekang walau di mana dia berada. Hatta ke kelas sekalipun bersama qur'an kesayangannya berwarna kuning juga.

"Mana yang ana jawab dulu ni? anta tanya ana soalan yang bertubi-tubi". tanyaku lagi.

Jawabnya." Terserah anta, bagi ana, kan lebih baik anta sedekahkan duit yang anta habiskan tu dengan bersedekah?" tanyanya lagi sebelum aku membalas pertanyaannya lagi. Satu lagi pertanyaan menyinggah kepadaku.

Agak lama aku mendiamkan diri. Akhirnya aku menjawab dalam keadaan 'on the spot'."Bagi ana, lebih baik ana beli buku dari membeli yang tak berfaedah. Sebenarnya, itu juga konsep sedekah bila ada orang hendak meminjam buku dari ana dan dia dapat ilmu jua bukan ana sahaja. Banyak pengertian tentang sedekah ni. Dan kenapa ana beli tokoh wanita? Kerana bagi ana pencetusnya diri ana sebagai lelaki, ada tulang belakangnya iaitu yang bernama wanita. Nak tahu apa yang terjadi untuk masyarakat sekarang adalah kita. Dan untuk melihat masyarakat akan datang adalah ada pada wanita. Ana tengah merancang diri ana untuk memberi kepada sayap kiri agama ana. Wanita juga pembentuk anak- anak kita kelak dengan akhlaknya dan ilmunya. Jika baik wanita itu, baiklah generasinya dan sebaliknya begitu juga. Dalam buku ni pun ada sebut mengenai Rasulullah mendapat atau tercetusnya wahyu melalui wanita."

Terdiam beliau mendengar petahan aku menjawab dan mengangguk- angguk dengan jawapanku. Sempat lagi dia bergurau kepadaku. "Anta dah nak bernikah ke?"

Menjawab dengan senyum tanpa aku berkata apa- apa. "Baiklah anta, ana nak membaca untuk suri ana ni". Sempat lagi aku bercanda dengannya.

"Baiklah akh Abu Talhah al- Ansari, semoga wanita solehah menjadi pendampingmu kelak. Ana tak nak ganggu anta membaca. Assalamualaikum." katanya lagi.

Pintu bilikku di tutup rapat selepas beliau pergi meninggalkanku sendirian.

Buku 65 manusia langit menjadi santapanku kini. Seusai membelek, aku menemui di sebalik buku ini.


Tertera namaku di dalama buku itu. Syukurku panjatkan kerana walid dan ummiku memberikan nama kepadaku nama seorang pejuang islam.

ABU TALHAH AL-ANSARI

" Abu Talhah menghabiskan umurnya dalam keadaan puasa dan jihad. Dia pun mati ketika sedang berpuasa dan berjihad!"

Subhanallah baru aku mengetahui tentangnya lebih mendalam. Puasa dan jihad menjadi penguatnya dalam hidupnya sebagai seorang islam. Aku patut dan semestinya akan mencontohinya seusai nama yang sama perlu aku buktikan bukan sekadar pada nama, tetapi amalannya. Nama sebenar Abu Talhah adalah Zaid bin Sahl An- Najjari semasa beliau belum masuk islam.

Saturday, October 30, 2010

Mata Hati

MATA HATI



Bila mata hati membuka tabir tirai sebuah kehidupan manusiawi. Tiada siapa merenungnya ke dalam jiwa nur iman firdausi lakaran sentuhan firman dari KasihNya.


Pabila saat itu,
mata memandang kebesaran ilahi,
akal berfikir dengan kerenah manusiawi,
kepala mendongak mencari-cari,
mulut menutur kalam bicara dari ilahi,
lidah membicarakan tentang pahala dan dosa,
tangan mencoret pena kurniaan dari ilahi,
hati yang bersarang mengungkap ceritera maknawi,
perut merungkai segala bersedap-sedapan,
kaki menghayun langkah menuju makrifatullah.




Sebuah janji telah terpateri dari pemilik diri bahawa tiada siapa yang dapat
menyangkalnya. Seusai mata melebar pada sebuah pentas penghidupan untuk
memenuhi bekalan yang akan berseteru langkahnya kepada sebuah kota yang
kekal abadi. Gemerlapan dalam gapaian seorang insan mentadabbur tentangNya.

Sungguh 'lucky' insan itu melebar jalurkan dalam pentas scenario
perjalanannya. Gerakan pentas itu semakin terisi dengan kesedapan seperti
di alami oleh perut. Tetapi, sekalian manusia itu perlu sentiasa mengisi
terus menerus agar tidak gersang meliputi dalam nur iman daripada gelombang
anasir yang bercanggah dengan aturan yang telah ditetapkan dariNya.

Memohonlah dariNya agar terpelihara santunan iman di segenap sanubari. Dalam
gerakan sanubari rindukan cinta dariNya bersemi di hati agar menjadi insan
yang lebih matang menghadapi hidup dengan naungan cintaNya melekat di nur
iman bercahaya kemilauan.






Jika saat itu telah tiba,tiada hati yang gundah.Merangkap
tanda syukur pada ilahi betapa besar nikmat yang telah di berikan.
Di ceritakan oleh ceritera kalam dariNya, berdoalah kepadaKu,
berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu.



Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit)
dan kami Telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),

(QS:alhijr:16)






Mata hati iman melihat keindahan yang ada di langit dan di bumi. Bagi orang-orang yang memandang dan berfikir dengan setiap ciptaan dariNya pasti akan merasai dengan tanda syukur segala nikmat yang telah di berikan.



Merenungi langit seolah-olah melihat kekuasaan Allah ketika berlakunya isra'
mikraj kepada Nabiyullah s.a.w, Subhanallah!

Memandang tanah seolah-olah melihat kejadian manusia pada asalnya dari sari pati
tanah kepada diri yang merasa betapa kerdilnya diri, Alhamdulillah!

Menapak diri pada bumi seolah-olah mengabdikan diri kepadaNya andai hari
esok sudah tiada lenyap di telan bumi, Lailaahaillallah!

Merindukan hirupan angin seolah-olah mendapat merasai hembusan nafas kepada
sebuah kehidupan yang berdamping di singgah sana yangsementara, Allahuakbar!

Meresapi pada siang hari yang terik mentari melaksanakan fardhu ain dan
kifayah semata-mata tuntutan sebagai khalifah di muka bumi, Syukurilah!

Mentadabbur pada malam hari dengan melihat kerlipan gugusan bintang yang indah
bertemu denganNya dalam dakapan rindu dan semata-mata
mengharap redhaNya. Astaghfirullah!





Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak
(pula) di langit.

(QS:al-imran:5)





Maha suci Allah,tidak ada pun yang tersembunyi dari pandanganNya melainkan
hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.Subhanallah.Walaupun diri kita
menyorok di segenap penjuru hingga ke hujung dunia, Dia mengetahui segala-
galanya apa yang telah engkau telah perbuat.




Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu
(bertempur)[ketika peperangan badar berlaku]. Segolongan berperang di jalan
Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-
akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan
bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.


(QS : al-imran :13)




Ada sebuah kisah yang ingin diceritakan jika manusia itu tidak melihat dengan mata hati. Kisah ini mungkin masih ada yang berlaku pada zaman era globalisasi pada zaman inimungkin ada yang marah, tetapi ingat jika kita asyik terus menerus memarahi, ianya sia-sia.

Kita ada mata, kita ada hati, bukalah dengan mata hati. Ikuti kisah ini, sebagai madah hati untuk pelajaran. Buka mata,sedarlah, sedarlah dengan mata hati sebagai manusia biasa yang tak pernah lpeas dari membuat kesilapan.


Aduh...sakitnya...isk.....aduuh....bang sakitnya tak tahan saya" keluh Zaty pada suaminya Aliff.

"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Ni mesti ada benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Aliff pada Zaty.

Zaty hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Zaty dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati AZaty bila Aliff berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Aliff terhadapnya. Seakan-akan membenci Zaty dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (doktor peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Zaty hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Aliff tadi. Doktor Hamdan menyuruh Zaty meneran ..."Come on Zaty u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Hamdan itu membuatkan Zaty bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Hamdan selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Zaty terasa sakit lagi dan Zaty meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Zaty u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Hamdan memuji Zaty. "Tahniah Aliff,it's a twin" Doktor Hamdan mengucapkan tahniah kepada Aliff. Aliff hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Hamdan itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Zaty namakan Muhammad Umair al-Hilali dan Nur Umairah al-Qutaibah. Zaty berasa lega, tapi Zaty masih lagi teringat kata-kata Aliff padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Zaty selalu kecil hati . Tapi Zaty tahankan sahaja. Zaty tahu kalau Zaty mengadu pada emak, Zaty akan dimarahi semula. Jadi Zaty hanya diam dan memendam rasa. Umair dan Umairah diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Zaty berehat kemudian dapatlah Zaty menyusukan Umair dan Umairah. Comel sungguh kembar Zaty. Zaty termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Zatymengandungkan kandungannya, Aliff selalu memarahi Zaty, ada sahaja yang tidak kena. Kata Zaty yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Zaty. Tak sanggup Zaty hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Zaty kuatkan semangat dan pendirian Zaty.


Ingat lagi waktu Zaty mula mengandung Aliff tak percaya Zaty mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Zaty
mengandung. Aliff ragu anak dalam kandungan Zaty. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung. Zaty dah 2 bulan. Zaty cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Zaty tak tau nak cakap apa.

Zaty balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Zaty gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Zaty bangga Zaty dapat memberi zuriat kepada Aliff. Tapi apa yang Zaty dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Zaty. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Zaty sahaja. Kenape bang?" soal Zaty pada Aliff . " Kaulah penyebabnya.

Tak payah nak tunjuk baik pulak" Aliff menempelak Zaty "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Aliff lagi. "Abang syak Zaty dengan lelaki lain ke? Kenapa Abang syak yang bukan-bukan, Zatykan isteri Abang yang sah tak kanlah Zaty nak buat jahat dengan orang lain pulak bang"? terang Zaty pada Aliff. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu bang. Itu semua kehendak ALLAH" Zaty senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Aliff meleraikan pelukan Zaty dengan kasar sehingga Zaty hampir tersungkur. Zaty menangis dan sedih. Aliff buat tak tahu sahaja. Deraian air mata Zaty semakin laju. Zaty hanya mampu menangis. Terasa dada Zaty sakit menahan semua tohmahan daripada Aliff, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Aliff, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Itu dulu kawan kau lama tu yang satuopis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Aliff.


"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku la dapat bini macam engkau ini"kutuk Aliff lagi pada Zaty.
"Bawa mengucap bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Zaty
pada Aliff.


"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Zaty sambil menangis.


Semenjak kejadian itu Zaty terpaksa mengikut Aliff ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Zaty berehat di surau tempat Aliff bekerja.
Aliff bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Aliff shif malam terpaksalah Zaty menunggu Aliff sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis pusat membeli-belah itu tamat waktu
perniagaannya.

Zaty terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Zaty buat overtime di pejabat. Zaty terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Zaty gagahkan juga. Tetapi kadangkala Aliff tidak menjemput Zaty di tempat kerja terpaksalah Zaty menaiki bas. Begitulah Zaty sehinggalah Zaty hampir pada waktu bersalin Zaty. Kalau diminta jemput, macam- macam kata kesat dilemparkan pada Zaty, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Zaty naik marah kerana Aliff jemput Zaty lambat sampai sakit pinggang Zaty menunggunya. Zaty menangis. Aliff tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Zaty macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan kepada Zaty. Zaty bertambah sedih mengenangkan diri Zaty, mengadu kat emak takut dimarahi pula, bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh. Zaty sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya.

Kasihan Zaty, dalam keadaan yang begitu Zatymasih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Aliff dalam keadaan marah telah menarik rambut Zaty dan menghantukkan kepala Zaty ke dinding. Zaty hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Zaty nak pergi ke rumah Mak Usu Zaty yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Zaty dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Zaty mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.


Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan "kata Zaty pada Aliff. Aliff ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut
pulak hujan nanti"desak Zaty lagi. Tiba-tiba Aliff bangun dan mukanya
bengis memandang Zaty "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, suka hati aku la nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ke"marah Aliff.


"Itu Zaty tahu, abang dah berehat dari pagi tadi bang masih penat lagi,
Zaty cuma nak ingatkan abang saja"Zaty memberitahu Aliff. Aliff datang pada
Zaty dan direntapnya rambut Zaty dan di hantukkannya kepala Zaty kedinding.
Zaty tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Aliff berbuat demikian, terasa kebas kepala Zaty dan mula membengkak. Pening kepala Zaty dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Zaty dalam hatinya. Zaty memencilkan diri Zaty disudut dinding dan menangis. Aliff kemudian duduk diam.. Zaty rasa kepala Zaty macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak berdenyut2."Bang, Zaty minta maaf jika Zaty membuat abang marah" Zaty memohon maaf pada Aliff sambil teresak-esak.


Treet,Treet, Treet, Treet.....bunyi handphone Aliff. "Sapa pulak ni yang sebok
je"Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah cafe? "Hoi, Encik Aliff, bini ko kat wad tak pergi jengok ke, apa
punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Aliff. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Aliff dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Aliff ni tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau, mereka perlukan kita masa tu, nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Aliff.

"Iyelah, Lan, lagipun Zaty dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat la, apa aku nak risau lagi" jawab Aliff selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal
Aliff, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.


Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Aliff. "Hello Aliff speaking" jawab
Aliff. "Hello Aliff, Doktor Hamdan sini, ade masalahlah Aliff, pasal Zaty, datang
segera ke hospital ya Aliff, Zaty tidak sedarkan diri."panggilan kecemasan dari Doktor Hamdan "Iye ke, teruk ke dia Hamdan , okey I datang"...tuttttttt . Aliff menamatkan perbualannya dengan Doktor Hamdan. "Lan. Kau ikut aku, Zaty tak sedar diri ..."ajak Aliff pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Aliff.
"Alah jom ler cepat" desak Aliff. "Aliff, kami tak dapat selamatkan Zaty, Zaty mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Zaty jatuh atau terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Hamdan dengan serius dan ingin penjelasan Aliff. Aliff hanya mendiamkan diri. Automatik otak Aliff teringat yang dia pernah menarik rambut Zaty dan menghantukkan kepala Zaty kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Aliff tidak pernah pun membawa Zaty ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Zaty sering sakit kepala yang teruk tapi Aliff tidak pernah mengendahkan kesakitan Zaty baginya Zaty mengada-ngada saja buat sakit untuk minta simpati tetapi sebaliknya Aliff hanya diam."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil.


"Doktor Zainal yang merawat Zaty kerana Zaty mengadu sakit kepala sewaktu
Zaty memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya
so Doktor Zainal membawa Zaty ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Zaty tidak mahu di operation
sebelum meminta izin dari kau Aliff, Zaty telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Zaty, Zaty minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Aliff. ALLAH berkuasa Aliff kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Hamdan lalu memberikan Aliff sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Aliff mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Zaty, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Zaty dan peristiwa yang berlaku pada Zatypada setiap hari , Aliff membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Zaty semuanya tertera di diarinya.

Dan Aliff dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Aliff terhadap Zaty."YA ALLAH kenapa aku buat Zaty begini" terdetik hati Aliff selepas membaca
tiap lembaran diari Zaty. Dan terpandang oleh Aliff mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering membuat
Aliff tertarik untuk membacanya. Untuk suami Zaty yang tersayang, I LOVE U bang...


"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga ros merah ni, abang berikan pada
Zaty sewaktu mula mengenali Abang. Lama Zaty simpan bunga tu bang. Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Zaty dengan abang. Zaty benar-benar
menyayangi abang. Zaty menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Zaty.
Abang tak pernah tahu kan. Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Zaty. Terlebih dahulu Zaty ingin sangat dengar abang panggil Zaty AYANG seperti
kita baru kahwin. Abang panggil Zaty AYANG terasa diri dimanja bila
abang panggil Zaty macam tu walaupun Zaty dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Zaty lagi. Kenapa? Bencikah abang pada Zaty?
Abang, mukasurat ni khas untuk Abang. Bacalah semoga abang tahu sayangnya
Zaty pada abang.

Abang ingatkan hari ni hari ulang tahun perkahwinan kita
yang pertama dan Zaty hadiahkan kat abang, Umair dan Umairah. Untuk Zaty
tak perlulah abang bagi kerana tak ada apa yang Zaty inginkan melainkan kasih
sayang abang pada Zaty. Zaty akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Zaty. Nisa pergi untuk menemuiNYA. Zaty harap abang akan menjaga Umair dan Umairah dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Umair dan Umairah tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Zaty dan mereka adalah darah daging abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Zaty tapi bukan mereka. Sayangilah mereka. Zaty ingin mengatakan bahawa Zaty tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan abang sahaja di hati Zaty. Jiwa dan raga Zaty hanya untuk abang seorang. Terima kasih kerana abang sudi mengahwini Zaty walaupun Zaty ini cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Zaty dari kecil hinggalah Zaty bertemu dengan abang dan berkahwin. Zaty harap abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Zaty tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Zaty yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Zaty tapi Zaty bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Zaty harap sangat abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Zaty ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walaupun Zaty tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Zaty.


Berjanji pada Zaty dan ingat UMAIR dan UMAIRAH adalah darah daging
abang. Ampunkan Zaty dan halalkan segala makan minum Zaty selama setahun
kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Umair dan Umairah berilah pada emak Zaty supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Zaty dah buat nama emak untuk KWSP Zaty. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangnya terubat juga rindu emak sekeluarga pada Zaty nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang. Umairah mengikut raut muka abang, sejuk kata orang dan Zaty yakin mesti Umair akan mengikut iras raut wajah
Zaty. Ibunya, sejuk perut Zaty mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Zaty untuk abang. Semoga abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Zaty sudah tiada disisi abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Zaty untuk abang dan semua..
Doakan Zaty.
Ikhlas dari
Nur Zaty el-Bakriah

"Sabarlah Aliff, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Umair dan Umairah" pujuk Azlan. Aliff hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Zaty maafkan abang Zaty. Aliff longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Aliff dan Zaty jatuh dikakinya dan Aliff
mengambilnya.


Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT ZATY DAN SEKELUARGA. ZATY DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI ZATY DAN KELUARGA ZATY HINGGA KEAKHIR HAYAT ZATY.


Aliff terjelopok dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Aliff seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Zaty seperti terakam dalam kotak otaknya. Setiap perbuatannya seperti wayang jelas terpampang. Kenapalah sampai begini jadinya? Kejamnya aku Zaty, Zaty, Zaty maafkan abang Zaty.
Sewaktu jenazah Zaty tiba dirumah suasana amat memilukan. Aliff tidak terdaya untuk melihat keluarga Zaty yang begitu sedih atas pemergian Zaty. Namun emak Zaty begitu tabah dan redha. Umair dan Umairah sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Zaty, Aliff lihat muka Zaty tenang bersih dan Aliff kucup dahi Zaty buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Zaty mengikuti wajah Aliff. "Zaty Abang minta ampun dan maaf" bisik Aliff perlahan pada telinga Zaty sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Aliff meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Aliff ada titisan airmata bergenang di tepi mata Zaty. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Aliff. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Aliff dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Zaty dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Zaty, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Aliff tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Zaty yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Zaty selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Aliff keseorangan di pusara Zaty yang merah tanahnya meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan. YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.


Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Zaty. Ampunkan aku YA ALLAH. Akhirnya Aliff terlelap disisi pusara Zaty bermimpikan oleh Aliff,Zaty datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Aliff melihat Zaty tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Zaty putih bersih. Zaty, Zaty, Zaty nak kemana Zaty, Zaty, Zatyyyyyy. Aliff terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Aliff,Aliff Bangun Aliff. Dah hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Aliff?" tegur abang long , abang ipar Aliff. Dari jauh Aliff lihat emak dan kakak ipar menggendong kembarnya. Mereka menangis. Aliff berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Umair, Umairah anak ayah, ayah akan menjagamu nak. Kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah . Emak, abang dan kakak ipar Aliff tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Zaty.


Mata Hati


Manusia seringkali alpa,
Dengan mengecapi dunia,
Sehingga di depan mata,
Ia terlepas dari memandang.

Mata hati,
Berikan jalan,
Dalam singgahsana ini,
Untuk tiraian tasbih.

Mata hati,
Tunjukkan perjalanannya,
Mata melihat dengan hati,
Dan hati melihat dengan mata.

Ku buka sinar ruh,
Untuk gapaian mata hati,
Bersama santunan firman dan sunnahnya,
Yang di kecap sebagai seorang hamba ilahi.

Bertuturlah dalam hidup,
Dengan serpihan manusiawi,
Agar terasa nikmat sebagai seorang insan,
Yang hidup di bumi yang makin uzur ini.



Sebelum terlena di buai dari kegersangan hati yang angkuh. Jangan kita lupa, kita ini dari sari pati mani yang paling jijik dan busuk hinggalah kita di lahirkan di dunia dengan sebersih-bersih putih nan kain kapas yang suci. Dalam hidup, kita perlu ada toleransi dan peka dengan keadaan sekeliling dan dengan orang yang terdekat dengan kita. Usah digembleng dengan emosi, kita jua yang bakal menyesal kemudian hari. Ku titipkan sebuah kisah ini sebagai iktibar dalam hidup dan jangan lupa, Allah melihat kita segala- galanya tak tertinggal sedikit pun walau kita bersembunyi dariNya.

Dari hadith arbai’en an-Nabawiyyah (yang ke 18) yang di susun oleh Imam Nawawi ini
di titip sebagai penutup bingkisan dalam mata hati, Bertaqwalah di Mana pun Kau
Berada.




Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal ra.,
Rasulullah saw.bersabda, “bertaqwalah kamu kepada Allah di manapun kamu
berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan niscaya ia dapat
menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yang
baik.”(HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadits hasan dalam kitab lainnya dikatakan,
hadits hasan sahih.”).

Thursday, September 2, 2010

Dakwah itu MEMBINA



Dakwah Yang Membina
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Tarbiyah Islam menurut Ikhwanul Muslimin selain berteraskan penekanan dari segi keimanan atau ketuhanan dan saling melengkapi dan menyeluruh dalam pentarbiyahan, juga ditekankan pula dengan ciri penting iaitu bersifat positif dan membina.


Imam Hasan Al-Banna, pengasas gerakan itu adalah benar-benar :
1. Seorang pembina bukan seorang penghancur.
2. Seorang yang suka bekerja bukan tukang bicara.
3. Seorang yang realistik bukan seorang yang berangan-angan.


Oleh kerana itu, ia mengerahkan tenaganya dan tenaga rakan-rakan sekitarnya kepada perkara-perkara yang positif dan membina dan BUKAN tenggelam dalam :

a. Perbicaraan yang sia-sia.
b. Ucapan indah yang enak didengar bersifat keanak-anakan.
c. Mencari kesalahan orang lain.


Berbahagialah orang yang sedar untuk memikirkan kesalahannya dan tidak membicarakan kesalahan orang lain.


Sesungguhnya Islam mengharapkan dari seorang muslim untuk :

1. Bekerja sebelum berbicara.
2. Tidak mengatakan sesuatu melainkan untuk dikerjakan.
3. Tidak bekerja melainkan untuk diselesaikan dengan sebaik-
baiknya sehingga tidak terkena cercaan Allah swt.


Allah swt berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As Shaff: 2-3)



Amal seorang muslim tidak akan hilang sia-sia di mana ia akan dinilai di
sisi Allah dan di sisi manusia :



Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan". (At Taubah : 105)


Islam membenci seorang muslim yang sibuk dengan perkara-perkara yang
menghabiskan waktunya untuk :

1. Hal-hal yang remeh.
2. Terlibat dalam pembicaraan yang batil.
3. Melakukan perbuatan yang buruk.
4. Membalas kejahatan orang lain.


Allah swt menyifatkan orang mukmin dalam firmanNya:
"Apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling dari padanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, selamat tinggal bagi kamu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil" (Al-Qashash : 55)


Allah swt menyifatkan hamba-hambaNya yang baik dalam firmanNya :
"Apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang tidak sopan), mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. " (Al-Furqan: 63)
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya." (Al-Furqan : 72)


Rasulullah saw berpesan di dalam sebuah hadith :
"Di antara kebaikan seorang muslim adalah meninggalkan hal-hal yang tidak penting baginya."


Ulama' hadith menganggap hadith ini salah satu dari empat hadith yang bangunan Islam ditegakkan di atasnya.


Islam membenci seorang muslim yang mengunakan hati dan lidahnya untuk memaki dan mengutuk manusia atau benda-benda.

Seorang muslim bukanlah pemaki dan pengutuk, sebab itu ada sejumlah hadith dari Nabi saw yang semuanya mengatakan "janganlah kamu memaki," di antaranya :
1. "Janganlah kamu memaki orang-orang yang telah mati, sebab mereka telah
selesai amal perbuatannya (tidak sanggup berbuat apa-apa lagi)".
2. "Jangan kamu memaki-maki masa, kerana Allah adalah (pencipta) masa."
3. "Jangan kamu memaki angin, kerana sesungguhnya ia di perintahkan untuk
berhembus)."
4. "Jangan kamu memaki di masa panas, kerana ia adalah kifarat kesalahan."
5. "Jangan kamu memaki ayam jantan, kerana ia mengingatkan (waktu) untuk
solat."


Yang lebih aneh lagi, ialah larangan memaki syaitan padahal telah terbukti permusuhannya terhadap manusia dan jauhnya ia dari rahmat Allah swt.



Imam Nasa'i, Thabrani dan Hakim meriwayatkan dari sebahagian sahabat, katanya :
"Aku pernah membonceng naik unta Nabi saw lalu unta kami tersandung, maka aku berkata,' Celakalah syaitan! Nabi berkata kepadaku : Jangan engkau ucapkan: Celakalah syaitan, sebab ucapan itu akan menjadikan syaitan berkuasa dan besar sebesar rumah sehingga ia akan berkata: Akulah yang merobohkannya dengan kekuatanku tetapi ucapkanlah: Bismillah, kerana kalimat itu akan menjadikan syaitan kecil seperti lalat."


Memaki syaitan adalah perbuatan negatif, tidak akan menyakitinya bahkan menyenangkannya dan sesuai dengan sifat sombongnya.
Yang menyakiti dan membuatkan syaitan marah ialah bila manusia melakukan perbuatan yang positif untuk menentangnya seperti ingat kepada Allah dan mengatakan: Bismillah,"ini membuatnya lemah tidak berdaya sehingga ia merasa dirinya kecil seperti lalat.


Di bawah sinar kefahaman-kefahaman Islam yang murni dan dengan jiwa yang positif lagi membina inilah berjalannya pentarbiyahan Imam Hasan Al-Banna terhadap Ikhwanul Muslimin.


Pengarahannya diberikan kepada mereka dalam berbagai kesempatan dan dengan bermacam-macam cara.

Sesungguhnya beliau ingin sekali menjauhkan mereka dari :

a. Sifat-sifat negatif.
b. Menyerah kepada nasib.
c. Berburuk sangka.
d. Sikap riya'.
e. Perdebatan yang tidak ada hasilnya.

Sebaliknya membuka bagi mereka lapangan kerja, supaya mereka dapat menyalurkan
kemampuan dan kesungguhannya.

Lapangan itu banyak dan bermacam-macam, dapat menyerap habis waktu dan kemampuan serta dapat manjadi tumpuan cita-cita semua orang yang beriman dan idaman semua pejuang pada jalan Allah.

Dengarlah kata-katanya dalam Risalah "At-Ta'alim" ketika menerangkan hakikat amal dan tingkat-tingkatnya serta menjelaskan rukun ketiga dari "Bai'ah" setelah memahaminya dan ikhlas kepadanya.
Ia mengatakan :
Yang saya maksudkan dengan amal ialah buah ilmu dan buah ikhlas.

Allah swt berfirman :
"Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, lalu Allah, RasulNya serta orang orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahukanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (At-Taubah : 105)

Tingkat-tingkat amal yang dituntut dari seorang Ikhwan adalah :
1. Memperbaiki diri menjadi ;
a. Bertubuh kuat.
b. Berakhlak mantap.
c. Berfikiran cerdas.
d. Sanggup berusaha.
e. Murni dalam berakidah.
f. Benar dalam beribadah.
g. Bekerja keras untuk kepentingan dirinya.
h. Memperhatikan waktunya.
i. Teratur segala urusannya.
j. Bermanfaat bagi orang lain.

2. Membentuk keluarga muslim dengan ;
a. Mengajak anggota keluarganya menghormati
kefahamannya.
b. Memelihara adab-adab Islam dalam segala kegiatan
kehidupan rumah tangga.
c. Memilih isteri yang baik.
d. Mengetahui hak dan kewajibannya.
e. Memberi pendidikan dan layanan kepada anak-anak
dengan sebaik-baiknya.
f. Membentuk keperibadian mereka menurut prinsip-prinsip
Islam.

3. Memberi petunjuk kepada masyarakat dengan;
a. Memperbanyakkan dakwah kepada kebaikan serta
memerangi keburukan dan kemungkaran.
b. Menggairahkan keutamaan.
c. Menyuruh kepada yang ma'ruf.
d. Bersegera kepada perbuatan baik.
e. Membawa pendapat umum kepada kefahaman Islam dan
mengusahakan agar kefahaman itu mewarnai segala aspek
kehidupan.

4. Memerdekakan tanah air dengan membebaskannya dari setiap
kekuasaan asing (yang bukan Islam) samada di bidang politik,
ekonomi atau rohani.

5. Memperbaiki pemerintahan sehingga menjadi pemerintahan Islam
yang sebenarnya. Dengan demikian, pemerintah dapat
melaksanakan tugasnya sebagai pelayan umat, pegawai dan
petugas kesejahteraannya. Pemerintah Islam ialah yang anggota-
anggotanya terdiri dari orang-orang Islam yang melaksanakan
kewajiban-kewajiban Islam, tidak menampakkan kemaksiatan dan
melaksanakan hokum Islam serta ajaran-ajarannya.

6. Mengembalikan keutuhan antarabangsa bagi umat-umat Islam
dengan:
a. Memerdekakan negerinya.
b. Menghidupkan kejayaannya.
c. Mempercepatkan kemajuannya.
d. Mempersatukannya sehingga semua itu
menghantarkan kepada pengembalian Khilafah yang
telah hilang dan persatuan yang dicita-citakan.

7. Mengungguli dunia dengan menyiarkan dakwah Islam di mana
sahaja supaya jangan ada fitnah dan supaya agama Islam
semata-mata bagi Allah dan Allah tidak menghendaki selain
menyempurnakan cahayaNya.


Empat tingkatan yang terakhir ini adalah wajib atas jamaah sebagai kesatuan dan atas setiap muslim sebagai anggota jamaah.
Sungguh hal ini adalah tugas yang paling berat dan tujuan yang paling besar, mungkin dipandang oleh manusia sebagai khayalan, tetapi Ikhwanul Muslimin memandangnya sebagai kenyataan.


Kita sekali-kali tidak berputus asa dan bagi kita ada harapan besar pada Allah, sedang Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.


Dalam pengarahan dan pelajarannya kepada Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan Al-Banna mengajar mereka mengutamakan :
1. Keseluruhan sebelum bahagian-bahagian.
2. Pokok-pokok sebelum perincian.
3. Kenyataan dan masalah-masalah ilmiyah dan bukan tenggelam dalam perbahasan yang tidak berguna.


Oleh sebab itu pada prinsip kesembilan dari usul dua puluh beliau tegaskan:
"Setiap permasalahan yang tidak didasarkan pada amal dan praktikal, maka melibatkan diri di dalamnya adalah memberat-beratkan diri yang dilarang oleh syara', misalnya : banyaknya definasi bagi hukum-hukum yang tidak pernah terjadi, berdalam-dalam tentang makna-makna ayat Al-Qur'an yang belum diungkapkan oleh ilmu pengetahuan, pembicaraan tentang siapa lebih utama di antara sahabat ra dan perselisihan yang timbul di antara mereka, padahal masing-masing mereka mempunyai kelebihan dengan dekatnya kepada Rasulullah dan berhak menerima pahala kerana niatnya yang baik, dan banyak alasan untuk tidak menyalahkan mereka."


Beliau menerangkan bahawa khilaf antara ulama dalam furu'(perincian) hukum-hukum syariat adalah perkara yang sesuai dengan:
a. Tabiat agama.
b. Tabiat bahasa.
c. Tabiat manusia.

Maka perkara itu tidaklah berbahaya tetapi yang menjadi bahaya adalah :
a. Kefanatikan.
b. Perpecahan.
c. Permusuhan.


Pada prinsip kelapan dari usul dua puluh beliau berkata:
"Khilaf fiqhi dalam furu" tidak boleh menjadi sebab untuk berpecah-belah dalam agama, atau membawa kepada permusuhan dan kebencian dan bagi masing-masing mujtahid ada pahalanya. Tidaklah ada halangan untuk membuktikan secara ilmiyah tentang masalah-masalah khilafiyah dalam rangka cinta kepada Allah dan saling bantu-membantu untuk mencapai tanpa menimbulkan sifat keras kepala dan fanatik".


Dengan usaha ini, Ikhwanul Muslimin dapat menghargai waktu dan tenaga dan tidak membuang-buangnya dengan adanya sikap fanatik (ta'asub) atau pembahasan yang tidak bermanfaat dan semua waktu dan tenaga dapat diarahkan kepada perkara-perkara yang bermanfaat.


Imam Hasan Al-Banna mempunyai sepuluh wasiat yang ketat hampir menjadi hafalan bagi pengikut-pengikutny a.


Semua wasiat itu mendorong kepada tindakan yang :
a. Positif.
b. Bekerja.
c. Membina.


Dan dalam masa yang sama memperingatkan bahaya melakukan tindakan yang :
a. Negatif.
b. Menganggur.
c. Merosakkan.


Dalam wasiat ini beliau berkata :

1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.
2. Bacalah Al-Qur'an atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi'ar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.
6. Jangan suka berkelakar serta berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.
7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.
9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
10. Kewajiban sentiasa lebih banyak dari waktu yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.
Di antara pengertian positif dalam pentarbiyahan seorang anggota Ikhwan ialah dia tidak hanya mencari kesenangan peribadi dalam beribadah sehingga amal dan keinginannya terbatas pada kepuasan berzikir dan kesenangan berfikir tanpa :
a. Memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat dan kesulitan-kesulitan yang
dihadapi oleh manusia.
b. Penyimpangan di bidang akidah, di bidang bid'ah, kerosakan akhlak dan
kehilangan pegangan hidup.


la tidak menghadapi semua ini dengan sikap menyerah, sedih dan menyesal, berputus asa atau meratapi nasib semata-mata tanpa mengambil langkah-langkah positif untuk :
1. Memperbaiki yang rosak.
2. Meluruskan yang bengkok.
3. Mengajak orang-orang jahat kepada kebaikan.
4. Menyedarkan orang yang membuat bid'ah kembali mengikuti Sunnah.
5. Membawa orang yang menyimpang kembali ke jalan yang lurus.
6. Mengubah orang yang malas kepada rajin bekerja.
7. Menukar sikap orang yang putus asa kepada semangat yang menyala-nyala.


Suatu kewajiban dalam pentarbiyahan seorang muslim ialah menjadikan dakwah :
a. Cita-citanya yang utama.
b. Gerak hidupnya.
c. Tujuan usahanya.


Ia menganggap bahwa memberikan petunjuk kepada seseorang tentang Islam lebih baik dan utama dari segala hasil yang dicapainya dalam kehidupannnya dan memandang dakwah kepada Allah adalah jalan yang ditempuhi oleh Rasul-rasulNya dan khalifah-khalifahny a dan dakwah itu adalah semulia-mulia tugas dalam hidup.


Oleh sebab itu, slogan Ikhwan sentiasa berbunyi :
"Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain (untuk memperbaiki dirinya)."
Kedua-dua tugas ini tidak dapat dipisahkan.
Allah swt berfirman :


"Siapakah yang lebih baik perkataannya dari pada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri" (Fushshilat: 33)
Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah terbatas kepada satu bentuk atau cara tertentu, bahkan setiap anggota mesti menyeru orang sekitarnya dengan cara yang mungkin dilakukannya serta dipandangnya efektif seperti dengan :
a. Pidato.
b. Ceramah.
c. Tulisan.
d. Dialog.
e. Diskusi biasa.
f. Perlakuan yang baik.
g. Bersikap sebagai seorang mukmin tanpa bicara.


Adalah menjadi kewajiban setiap anggota Ikhwan bila mendatangi sesuatu rumah atau menghadapi sejumlah orang untuk meninggalkan kesan yang baik, sehingga terkenallah di kalangan Ikhwan kata-kata :


"Tanda seorang yang soleh adalah meninggalkan kesan yang baik pada setiap tempat yang didatanginya. "

Setiap anggota Ikhwan sebagai pendakwah, memberi pengaruh pada lingkungannya dengan perkataan dan amal perbuatannya.
Oleh kerana itu, sebahagian buruh, petani dan pedagang yang menjadi anggota Ikhwanul Muslimin, bila mereka berbicara tentang dakwah maka pendengar mengira mereka keluaran Al-Azhar atau Pusat Pengajian tinggi lainnya.

Ini adalah kerana pada mereka terkumpul bakat dan kepandaian serta ketrampilan berkat daripada:
a. Latihan.
b. Tarbiyah.
c. Kemampuan rohani yang diperolehi.
d. Semangat yang dikobarkan.


Di antara perkara yang membantu Ikhwanul Muslimin untuk melakukan perbuatan yang positif dan produktif ialah unsur pentarbiyahan mereka agar benar-benar menghargai waktu dan ingin memanfaatkannya kerana setiap manusia pada hari kiamat akan ditanyakan tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakannya?


Oleh kerana itu di antara wasiat sepuluh yang telah dikemukakan ada dua wasiat yang berhubung dengan waktu iaitu wasiat KEDUA berbunyi :

"Bacalah Al Qur-an atau telaahlah atau dengarkanlah, atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

Begitu juga dengan wasiat KESEPULUH berbunyi :
"Kewajiban sentiasa lebih banyak dari waktu yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika mempunyai kepentingan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya."

Di antara yang paling bernilai yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna ialah ucapannya yang ditulis untuk "Ruang Jum'at" dari suratkhabar "Al-Ikhwanul Muslimun"pada setiap pagi Jum'at dengan judul "Waktu adalah Kehidupan" untuk membezakannya dengan perumpamaan yang masyhur "Waktu adalah Emas" dengan mengatakan :
"Sesungguhnya perumpamaan ini adalah benar menurut pandangan golongan kebendaan yang mengukur segala sesuatu dengan benda. Tetapi pada hakikatnya waktu itu lebih tinggi nilainya dari emas dan dari segala benda berharga lainnya kerana emas bila habis dapat diganti, sedangkan waktu bila berlalu tidak dapat dijangkau kembali. Waktu itu pada hakikatnya adalah kehidupan. Bukankah kehidupan manusia itu hanya waktu yang dihabiskannya sejak lahir sampai mati?"

Di antara yang dicantumkannya dalam catatannya, bahawa salah seorang gurunya berkata kepadanya dan kepada sebahagian rakan-rakannya:
"Sesungguhnya saya mempunyai firasat bahawa Allah akan mempersatukan hatimu dan menjadikan ramai manusia bergabung dengan kamu. Ketahuilah bahawa Allah akan bertanya kepadamu tentang waktu mereka yang menggabungkan diri kepadamu, apakah kamu membuat mereka memanfaatkan waktunya sehingga berfaedah bagi mereka dan bagi kamu atau waktunya berlalu dengan percuma sehingga mereka dan kamu mendapat siksa?!"
Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin ketika mereka dipenjarakan setelah jamaah mereka dibubarkan pada bulan Disember 1948 dan sesudah pertemuan yang terkenal di daerah ketenteraan "Fayad" di antara duta-duta Inggeris, Amerika dan Perancis di mana mereka mampu mengubah tempat tahanan mereka yang terbesar di gurun Sinai menjadi:
a. Masjid untuk beribadah.
b. Madrasah untuk belajar.
c. Tempat pertemuan untuk berdiskusi.
d. Asrama untuk latihan.
e. Parlimen untuk bermesyuarat.


Secara berseloroh mereka mengatakan:
Gurun Sinai adalah perkemahan tetap bagi Ikhwanul Muslimin selama tahun 1949. Per-jalanan, pembiayaan, tempat tinggal dan pelaksanaan tugas-tugas semuanya dibiayai oleh pemerintah Mesir!!


Perkara ini terjalin dalam sebuah qasidah yang mereka ucapkan dalam perayaan Ikhwanul Muslimin yang diadakan di lapangan Siti Zainab tahun 1950 setelah mereka kembali dari tempat-tempat tahanan Sinai, di antaranya:
"Kata mereka: ke penjara, kata kami : satu kesempatan terbuka, Kami dapat berkumpul pada jalan Allah sebagai saudara,
Kata mereka: ke Thursina, kata kami: Thursina tempat berkongres, Kami tetapkan berbagai rancangan, yang menakutkan musuh, Thursina itu mushalla, kami mendidik diri kami padanya, Thursina tempat percutian musim panas, tubuh kami kuat kerananya,
Dia adalah Sekolah Tentera yang menempa kami menjadi perajurit teladan, Sekolah yang membuat kami semakin mengenal kebenaran,
Mereka yang melarang kami berkumpul lebih dari empat orang,(di kota) Telah mengumpulkan ribuan singa di rimba Thursina,
Mereka maksudkan penahanan kami adalah pembuangan dan tekanan, Tetapi ia bagi kami dengan kenikmatan cinta dan iman adalah taman, Inilah Thursina, mereka ingin kami menjadi hancur lebur padanya, Tetapi Tuhanmu menghendaki iman kami semakin teguh adanya."


Pihak anti revolusi mengambil manfaat dari pengalaman ini. Mereka berusaha sungguh-sungguh supaya Ikhwanul Muslimin selama tinggal di kem atau di penjara tidak mendapat kesempatan untuk berdakwah atau untuk kebebasan diri mereka.
Penahanan tahun 1954 dalam penjara tentera dengan pintu sel terkunci rapat yang tidak dibuka kecuali beberapa minit dalam sehari semalam untuk memasukkan air, di mana cemeti menjilat-jilat belakang tubuh mereka dan tidak dibenarkan berkumpul, walaupun untuk solat, sebagaimana tidak dibenarkan membaca kitab walaupun Al-Qur'an.
Dalam pada itu sel-sel berubah menjadi kelompok-kelompok zikir, tasbih dan tadarus perlahan-lahan tatkala ada kesempatan di mana cemeti penyiksaan tidak berbicara.
Sebahagian anggota Ihkwan yang dipindahkan ke asrama tentera "Al-Mahariq" dalam beberapa kes menceritakan bagaimana mereka telah merubah daerah itu dalam waktu yang singkat dari tanah kering tandus menjadi kebun tanam-tanaman dan buah-buahan yang manfaatnya dapat dikecap oleh askar dan tentera serta orang-orang di sekitarnya.
Ketika mereka dikunjungi oleh sebahagian tokoh revolusi di antaranya tukang pukul, Hamzah Al-Basiyuni yang masyhur itu, mereka terkejut dengan apa yang mereka saksikan.
Perkara itu sangat menyakitkan hati dan menjadikan mereka marah kerana melihat pada orang-orang yang menjalani hukuman itu masih ada kemahuan bekerja dan bersikap produktif lalu mereka memerintahkan supaya semua itu dihancurkan dan dibangunkan sebuah penjara yang kuat untuk menghalangi mereka dari melakukan pekerjaan untuk kehidupan.

Demikianlah yang dikehendaki oleh Imam Hasan Al-Banna bagi dakwah dan gerakannya, iaitu dakwah untuk:
a. Beramal.
b. Membina.
c. Mengeluarkan hasil.


Tidaklah beliau menghendaki dakwahnya semata-mata sebagai gerakan akademik atau falsafah yang berangan-angan untuk menubuhkan sebuah negara Republik Plato atau negara Al-Farabi, meskipun di dalamnya terdapat segudang kefahaman, pemikiran dan ilmu.


Begitu pula beliau tidak menghendaki bagi jamaahnya untuk menjadi kelompok diskusi di mana anggota-anggotanya tenggelam dalam diskusi ala Byzantium yang dominan terhadap sebahagian golongan agama dan bangsa-bangsa pada masa-masa kelemahan dan kemunduran pemerintahan mereka.


Beliau banyak memperingatkan supaya menjauhi diskusi yang tidak berguna dan perdebatan yang tidak bermanfaat serta mengulang-ngulang hadith berikut :
"Tidaklah akan menjadi sesat sesuatu kaum setelah mereka mendapat petunjuk, kecuali bila mereka telah mementingkan perdebatan dan pertengkaran. "
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang bekerja sehingga hasil kerja kami melebihi dari ucapan dan pembicaraan kami. Kuatkanlah kami dengan bekalan iman dan taqwa sehingga kami mampu beramal, membina diri kami dan mereka yang di sekitar kami serta menjadi anasir-anasir yang produktif. Bantulah dakwah ini sehingga cahayanya akan bersinar kembali menerangi jiwa-jiwa manusia bagi membangunkan semula masyarakat yang tunduk dan menghamba-abdikan diri semata-mata kepadaMu, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa.

Ameen Ya Rabbal Alameen,
post hatiku sebagai pembakars emangat untuk akiu terus maju ke medan dakwah.............

Sunday, July 4, 2010

Rayuan seorang Lelaki kepada wanita-wanita.....................dengarkan,aku merasa kasihan


Berikut adalah emailnya :-
Assalamualaikum,
(minta admin padam nama saya sebelum release)



Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan.

Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina..

5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi.

Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup..

maluuuu..

tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau...


menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu..

bagi penatt...

isteri "memang ada" tapi sendiri pahamlah..

kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall..

kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata...

lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja..

adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...





Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu..

tutup setutupnyerrr. .

kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu...


tolongglahhh. ..

aku bukan orang warakk..

aku bukan orang alim ulamak..


aku hanya hamba Allah yang biasa..

tak tau sampai bila aku mampu bertahan..




gAMBAR contoh sahaja.maaf akh uwais,tanpa permission...:)




Aku sebagai perempuan turut merasa berdosa dengan pengakuan kaum Adam ini,aku merasa malu dan sangat-sangat rasa bersalah............

Maafkanku kaum Adam.......aku akan tolongmu kaum adam semampu kemampuanku,maafkan aku sekali lagi.Aku ingin penolongmu,bukan pemerah nafsumu hingga kamu merayu sebegini kepada kaumku.Maafkan kami.....

Tuesday, June 29, 2010

kEnapa aWek TakNak NgaN sAya




17 March 2010 15 Komen
Zarif : Dengar cerita dah nak fly?
Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.
Zarif : Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…

Hafiz : Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…

Zarif : Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek
baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti
yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-
sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat
kot?

Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak
kena ada awek?

Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak
luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau
nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke
bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi
ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape
la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil
serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak
selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz : Lagi?

Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki
ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau
tak ada yang nak dilindungi kan?

Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke,
tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja
-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan
terlarang, hehe…

Hafiz : Hmmmmm…

Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak
cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang
kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh
dapat semua tu.

Zarif : Wow cerita sikit…

Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita
masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis
sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat
jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang
-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai,
jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek
jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga
syariat.

Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi
disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang
banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.

Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah
dapat dalam usrah.

Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah
untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana
lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka.
Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur
mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira,
kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling
menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam
menentukan halatuju di akhirat.

Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku
ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah
tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng,
naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun
bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah
ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum
baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab
untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak
menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia
ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan
kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya
menerima pesanan.

Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut
perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku
solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi
untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku
pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing
seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat
macam tu?


Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih
bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita
dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak
signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin,
baru aku cari calon isteri.

Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau.
Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu
kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk
aku… huhu… salam

Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

Wednesday, June 23, 2010

diet jokes






Celery



After my husband asked me to help him shed some unwanted pounds, I stopped serving fattening TV snacks and substituted crisp celery.
While he was unenthusiastically munching on a stalk one night, a commercial caught his attention. As he watched longingly, a woman spread gooey chocolate frosting over a freshly baked cake.
When it was over, my husband turned to me. "Did you ever notice," he asked, "that they never advertise celery on TV?"
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -







hope you all likes with on my entertainment,,,,,

for our life,may God blessing you all!!!!

Love you all!subhanallah....




For The Rest Of my Life

Album : thank you ALLAH
Munsyid : maher zain
http://liriknasyid.com


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Lagu ni best sgt..hu2~


maher zain 'awaken'

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And blink will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Shinichi_imah(at)yahoo.com
Sumber http://sparklywater.com

الأسرة سعيدة في حياتنا




الرئيسة > الأسرة > البيت السعيد وخلاف الزوجين > الرسالة الثانية خلاف الزوجين > من أسباب الخلاف بين الزوجين



من أسباب الخلاف بين الزوجين
غير أن واقع الحياة وطبيعة البشر- كما خلقهم اللّه سبحانه ، وهو أعلم بمن خلق- قد يكون فيها حالات لا تؤثِّر فيها التوجيهات ، ولا تتأصَّل فيها المودَّة والسَّكَن ، مما قد يصبح معه التمسُّك برباط الزوجية عَنَتًا ومشقةً ، فلا يتحقق فيه المقصود ولا يحصل به صلاح النشء ؟ وهذه الحالات من الاضطراب ، وعدم التوافق ، وقد تكون بواعثها داخلية أو خارجية .
فقد ينبعثُ من : تَدخُّل غيرِ حكيم من أولياء الزوجين أو أقاربهما ، أو تَتبع للصغير والكبير من أمورهما ، وقد يصل الحال من بعض الأولياء وكُبرَاءِ الأسرة إلى فرض السَّيطرة على من يَلُونَ أمرهم ، مما قد يقود إلى الترافع إلى المحاكم ؛ فتفشو الأسرار وتنكشف الأستار ، وما كان ذلك إلا لأمرٍ صغيرٍ أو شيء حقير ؛ قاد إليه التدخُل غير المناسب ، والبعد عن الحكمة ، والتعجل والتسرُّع ، وتصديق الشائعات وقالة السوء .
وقد يكون منبع المشكلة : قلة البصيرة في الدين والجهل بأحكام الشريعة السمحة ، وتراكم العادات السيئة والتمسك بالآراء الكليلة .
فيظن بعض الأزواج- مثلًا- أن التهديد بالطلاق أو التلفظ به هو الحل الصحيح للخلافات الزوجية والمشكلات الأسرية ، فلا يعرف في المخاطبات سوَى ألفاظ الطلاق ، في مدخله ومخرجه ، وفي أمره ونهيه ، بل في شأنه كله ، وما درى أنه بهذا قد اتَّخَذ آيات اللّه هزوًا ؛ يأثم في فعله ويهدم بيته ويخسر أهله .
هل هذا هو الفقه في الدِّين أيها المسلمون؟! .
إن طلاق السُّنة الذي أباحته الشريعة لا يقصد منه قطع حبال الزوجية ، بل قد يقال إنه إيقاف لهذه العلاقة . ومرحلة تريُّثٍ وتدبر ومعالجة : لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
هذا هو التشريع . بل إن الأمر ليس مقتصرًا على هذا ، إن طلاق السُّنة هو الوسيلة الأخيرة في المعالجة وتسبق ذلك وسائل كثيرة .